fbpx
GAKPO (kiri) dan Mac Allister antara pemain tonggak yang bakal dilepaskan oleh Liverpool musim depan. - AGENSI

EPL: Liverpool buat perubahan drastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liverpool dilapor bersedia untuk menjual empat pemain tonggak mereka pada jendela perpindahan musim panas ini termasuk Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo.

Berdasarkan laporan, mereka sedang merancang untuk melakukan rombakan besar dan sedia melepaskan beberapa pemain termasuk dua lagi, Joe Gomez dan Federico Chiesa bagi menstruktur semula pasukan.

Ketika ini, The Reds bakal kehilangan khidmat pemain pertahanan, Ibrahima Konate yang akan meninggalkan Anfield secara percuma selepas kontraknya berakhir hujung musim ini, selain Mohamed Salah juga bakal berhijrah.

Selain itu, masa depan Curtis Jones di Anfield juga sukar diramal, sementara pemain pertahanan berpengalaman mereka, Andy Robertson juga bakal meninggalkan kelab itu selepas sembilan musim berbakti.

Perubahan tersebut dikaitkan dengan prestasi merudum kelab berkenaan apabila mereka hampir pasti gagal mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris yang dimenangi musim lalu.

Ketika ini, Liverpool sedang bergelut untuk memastikan mereka berjaya meraih slot automatik ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan apabila berada di kedudukan kelima dengan kelebihan satu mata berbanding Chelsea yang terkeluar dari kelompok lima kelab terbaik.

Liverpool berharap mereka mampu mencipta kejutan untuk mara lebih jauh dan mampu merangkul gelaran Eropah apabila bakal turun menentang Paris Saint-Germain pada aksi suku akhir UCL pada Khamis ini.

Selain rombakan pemain, Liverpool juga bakal membuat keputusan besar bagi menentukan masa depan pengendali mereka, Arne Slot yang mungkin akan dipecat sekiranya kelab itu gagal beraksi di pentas Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN