fbpx
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang dibaham seekor buaya di Sungai Mahakam baru-baru ini. - Viral Press

Budak dibaham buaya semasa kutip bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Kutai Kartanegara, wilayah Kalimantan Timur maut akibat dibaham seekor buaya ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) di Sungai Mahakam, baru-baru ini. 

Mangsa bernama Muhammad Abidzhar, 13, masuk ke dalam sungai pada kedalaman 12.19 meter sebelum menjerit meminta tolong apabila diserang reptilia itu. 

Selain arus kuat, situasi bertambah cemas apabila reptilia itu cuba menyeretnya ke bawah air yang keruh. 

Rakan-rakan Muhammad yang menyaksikan kejadian itu bergegas mendapatkan bantuan daripada warga setempat. 

Ketua Pos Kebakaran dan Penyelamat Anggana, Meiry Sulindra berkata, usaha menyelamat sukar susulan arus kuat dan dipenuhi haiwan pemangsa yang berbahaya. 

“Terdapat banyak buaya di lokasi tersebut. Semasa operasi pencarian, beberapa reptilia mengintai kami termasuk seekor buaya sepanjang hampir 3 meter,” kata Meiry. 

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung sejauh 1.60 kilometer ke hilir sungai oleh seorang nelayan tempatan. 

“Mayatnya dibawa ke rumah pengebumian,” tambah Meiry. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN