PETALING JAYA – “Lelaki ‘educated’ (berpelajaran) akan cari perempuan ‘educated’ juga ke?
Itu persoalan seorang wanita tentang kecenderungan lelaki yang berpelajaran tinggi dalam memilih pasangan.
Menggunakan profil @Nnt.shaaa di media sosial, dia tertanya-tanya apakah lelaki yang mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus juga akan memilih pasangan ‘sekufu’, atau sebaliknya.
“Aku selalu (rasa) ‘insecure’ (tidak selamat) bila nak dekat dengan lelaki educated sebab macam sedar diri,” katanya.
Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai komen dengan pandangan berbeza.
“Tengok orang. Ada lelaki tengok pendidikan, ada tengok muka, ada tengok kematangan, dan ada yang tengok keseluruhan,” jelas seorang pengguna.
“Selagi 3P selari, tak ada masalah. 3P (pemikiran, personaliti, prinsip) bak kata jurulatih,” ujar @Syamiznudiin74.
“Ya. Sebab lelaki educated tak suka benda-benda bodoh,” komen @_ms.aurora.
Hasil daripada komen-komen, wanita itu menerima pandangan majoriti netizen bahawa perlunya memajukan diri bagi memastikan tiada lagi rasa ‘insecure’ untuk menerima lelaki berpendidikan tinggi sebagai pasangan.
“Doakan saya ada rezeki untuk sambung belajar semua. Betul la, kalau nak ‘attract’ (menarik) laki yang educated ni , kita pun kena majukan diri sendiri juga. Saya terima nasihat yang semua orang bagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














