fbpx
Muhammad Khalif.

Muhammad Khalif hilang selepas selisih faham dengan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Pasir, Ulu Kelang Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kehilangan mangsa disedari pengadu kira-kira pukul 6.40 petang.

“Punca remaja tersebut keluar daripada rumah adalah kerana berselisih faham dengan ahli keluarga. Remaja tersebut dikenali Muhammad Khalif Mohd Redzuan, berketinggian 176 sentimeter dengan berat 55 kilogram,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Khairul Anuar memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai Polis berdekatan atau terus menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104.

“Pihak polis menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing dan tidak membenarkan mereka bersendirian serta menghubungi pihak Polis atau talian kecemasan MERS 999 untuk bantuan segera,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN