fbpx
CERAMIDE Repair Lotion Cetaphil diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi untuk meningkatkan penghidratan kulit sehingga 48 jam dan membaiki kekuatan penghalang kulit sehingga 86 peratus dalam masa empat minggu.

Skin barrier kunci kecantikan kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUNCI utama kecantikan kulit adalah apabila penghalang kulit (skin barrier) sihat dan kuat. Ini kerana, ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit daripada kerengsaan, kekeringan dan tekanan persekitaran.

Di Malaysia, terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan kulit sensitif termasuk haba, kelembapan, pencemaran dan tekanan gaya hidup. Akibat daripada penghalang kulit yang lemah, orang ramai boleh mengalami masalah seperti kekeringan dan ketegangan, kerengsaan pada kulit, jerawat, rosacea dan ekzema.

Menurut Pengurus Hal Ehwal Perubatan Serantau (Asia Tenggara), Galderma, Poh Wei Thian, penghalang kulit atau skin barrier boleh digambarkan secara ringkas sebagai sublapisan paling atas epidermis kulit anda (stratum korneum). 

“Lapisan ini terdiri daripada banyak blok binaan, termasuk seramid (ceramide), kolesterol dan asid amino. Penghalang kulit bertindak sebagai perisai untuk menghalang pelbagai toksin dan patogen di persekitaran yang berbahaya daripada menembusi kulit manusia. 

“Penghalang ini juga boleh menghalang kelembapan dan air keluar dari badan serta memastikan kulit terhidrat. 

“Oleh itu, mengetahui bahan-bahan yang sesuai untuk kulit anda dan mempunyai sebuah rejimen penjagaan kulit yang dapat melindungi kulit anda amat penting bagi memastikan penghalang kulit sentiasa sihat,” katanya.

Terangnya, langkah pertama untuk mengetahui produk mana yang baik untuk penghalang kulit anda adalah dengan melihat bahan aktif dan mengenal pasti sama ada ia akan memberi kesan kepada kulit sensitif anda. Setiap bahan mempunyai fungsi atau manfaat tertentu untuk kulit anda.

SEMUA keperluan penjagaan kesihatan penghalang kulit terdapat dalam Ceramide Repair Lotion oleh Cetaphil.

 

“Sehubungan itu, bacalah dan fahami label produk, lakukan penyelidikan bahan-bahan ini supaya ia sesuai dengan kulit anda dan dapatkan nasihat pakar dermatologi jika perlu.

“Contohnya, produk berasaskan seramid boleh membantu membina penghalang kulit anda dengan menggantikan seramid dalam kulit yang bertindak sebagai simen untuk blok binaan dalam kulit anda,” jelasnya.

Justeru itu, anda perlu kekalkan rutin yang ringkas untuk mengelakkan kulit daripada terlalu tertekan dengan menggunakan pelembap yang mengandungi seramid serta bahan-bahan yang menenangkan.

Sean yang mengalami masalah kulit berjerawat dan kering berkata, dia merasai perubahan besar dan melihat kulitnya semakin baik apabila menggunakan produk berasaskan seramid.

“Dengan menyembuhkan kulit saya dari dalam ke luar dan memberikannya penghidratan yang sebenarnya diingini, keradangan pada kulit menjadi tenang dan kulit saya akhirnya menemui keseimbangannya.

“Ternyata, skin barrier yang sihat adalah pertahanan terbaik terhadap jerawat,’ katanya.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mencari formula bebas wangian dan diuji oleh pakar dermatologi. Pelembap berasaskan seramid memainkan peranan penting untuk pembaikan penghalang kulit.

Semua keperluan itu terdapat dalam Ceramide Repair Lotion oleh Cetaphil® yang telah diuji untuk kulit sensitif atau terjejas.

Ceramide Repair Lotion ini ialah produk berasaskan seramid yang terbukti secara klinikal untuk menguatkan kelembapan dalaman kulit dan memberikan kelegaan yang cepat untuk kulit sensitif.

CETAPHIL membawakan kempen Aktifkan 15 Ceramide, Kulit Berseri yang berlangsung sehingga 30 April 2026.

Ia dibangunkan dengan teknologi Triple Barrier Cetaphil® yang terdiri daripada seramid, asid amino dan minyak biji bunga matahari yang membantu menghidrat, menenangkan serta melegakan kulit yang kasar dan gatal.

Losyen ini juga diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi untuk meningkatkan penghidratan kulit sehingga 48 jam dan membaiki kekuatan penghalang kulit sehingga 86 peratus dalam masa empat minggu.

Apabila tiba musim perayaan, kita semua perlu sentiasa peka untuk melindungi kulit daripada pelbagai perkara yang boleh menjejaskan kulit seperti kesan daripada makanan berminyak, pendedahan kepada matahari dan peluh ketika pergerakan ke sana sini.

Bukan sahaja melindungi kulit anda, Cetaphil membawakan kempen Aktifkan 15 Ceramide, Kulit Berseri sempena sambutan Aidilfitri dengan menawarkan hadiah menarik seperti percutian, rawatan spa eksklusif dan set hadiah produk Cetaphil.

Kempen ini berlangsung sehingga 30 April 2026. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati laman FB atau IG Cetaphil di @CetaphilMY.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN