fbpx
Hantaran gambar pengguna di Threads berkenaan seorang lelaki warga asing yang didakwa mengekorinya semalam di sebuah pusat membeli belah.

Wanita cemas diekori lelaki warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila mendakwa diekori oleh seorang lelaki warga asing di sebuah pusat membeli belah semalam.

Menerusi hantaran pengguna oleh @cheetah.5272983, dia menyedari kehadiran lelaki tersebut selepas selesai makan malam di pusat beli-belah tersebut.

“Saya pergi ke pusat beli-belah itu untuk makan malam dan selesai sahaja saya makan, saya pergi ke kedai berdekatan untuk membeli sarung kaki kerana kasut saya longgar. Lepas itu, saya nampak seorang lelaki berdiri depan kedai makan.

“Bila saya dah mula berjalan, dia dah ikut saya dari belakang. Saya singgah ke kedai lain untuk memastikan lelaki itu ikut saya atau tidak dan dalam lima minit macam itu, dia masih lagi ada,” katanya.

Situasi tersebut menjadi semakin cemas apabila mangsa cuba melarikan diri ke kedai lain di tingkat bawah, namun lelaki tersebut tetap mengekorinya sehingga ke dalam premis.

Mangsa berkata, dia berasa panik dan takut sehingga sukar untuk meminta bantuan daripada pekerja kedai yang dikunjunginya itu.

“Nak lari tak boleh sebab pakai heels (kasut tumit tinggi). Masa itu dah panik rasa nak nangis dan lelaki itu kadang-kadang keluarkan telefon, takut dia rakam gambar bukan-bukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berjaya menjauhkan diri selepas berpura-pura mahu turun menggunakan eskalator di hadapan sebuah butik pakaian, namun segera berpatah balik ke tingkat atas sebaik sahaja lelaki itu turun ke tingkat bawah.

Hantaran tersebut mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya menasihati wanita berkenaan agar lebih berhati-hati dan segera mendapatkan bantuan pengawal keselamatan jika berdepan situasi yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN