fbpx
Kecoh dalam laman media sosial Threads apabila pelakon sensasi, Fattah Amin dikatakan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.

Mahkamah tolak permohonan Fattah, Fazura tak langgar hak lawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kecoh dalam laman media sosial Threads apabila pelakon sensasi, Fattah Amin dikatakan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.

Seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai Musang Berjanggut berkongsi jadual prosiding sebutan kes mahkamah (MAL) pada 31 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang tertera nama kedua-dua pelakon itu.

Dalam jadual tersebut nama Abdul Fattah Mohd. Amin tertera sebagai Pihak 1 (plaintif) dan Nur Fazura Sharifuddin sebagai Pihak 2 (tertuduh).

Kosmo! Online menghubungi peguam yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan bagi mendapatkan pengesahan mengenai sebutan kes berkenaan.

Menurut Fakhrul, menerusi pencarian maklumat yang dilakukannya, Fattah didapati memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte’ terhadap Fazura melalui prosiding komittal yang jika sabit kesalahan, Fazura boleh dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan yang diberikan kepada Fattah.

“Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.

“Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Kongsinya, pada hari berlangsungnya sebutan kes, hanya Fattah yang hadir ke mahkamah, kerana kes tersebut adalah ‘ex parte’ (sebelah pihak).

“Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, perkara sebegitu boleh diselesaikan di luar mahkamah dengan kaedah negosiasi.

“Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ni Fatima dapat beraya bersama bapanya,” ujarnya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fazura mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, manakala Fattah Amin diberi hak lawatan serta bermalam dua kali sebulan. Fattah juga dibenarkan bertemu Fatima tiga kali seminggu, termasuk bermalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN