fbpx
Tiga warga China ditahan selepas disyaki guna pas palsu.

3 warga China guna pas palsu untuk ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menahan tiga warga China yang menggunakan Pas Lawatan Sosial disyaki palsu sebagai dokumen sokongan bagi mendapatkan kemudahan visa masuk ke Amerika Syarikat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penahanan seorang lelaki dan dua wanita itu susulan maklumat risikan dan hasil pemeriksaan sepasukan pegawai pukul 11.25, semalam.

“JIM turut menyita tiga keping pasport People’s Republic of China yang terdapat pelekat Pas Lawatan Sosial (Tanggungan) MM2H yang disyaki palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, tangkapan tersebut merupakan tindakan susulan penahanan enam individu warga China dan dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai ejen sindiket pada 8 Oktober tahun lalu.

“Modus operandi sindiket ini dengan membekalkan pelbagai pas jangka panjang palsu dengan harga sehingga RM10,000 untuk dijadikan sokongan bagi tujuan permohonan visa untuk masuk ke negara Amerika Syarikat.

“Pas jangka panjang ini disyaki cuba digunakan untuk mengaburi pihak kedutaan dan memudahkan tapisan permohonan visa,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 54 tahun ditahan di Depot Imigresen Putrajaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN