fbpx
Pemuda maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Permatang Gedong di Sungai Petani semalam.

Pemandu lori terbabit kes kemalangan maut positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori yang dipandu lelaki dipercayai positif ganja di Jalan Permatang Gedong, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika pemandu lori itu dalam perjalanan dari arah Taman Sejati menuju ke tempat kerjanya, manakala penunggang motosikal Yamaha Y15 berada di laluan bertentangan.

“Semasa pemandu lori mahu membelok ke kanan, datang sebuah motosikal dari arah bertentangan sebelum bertembung. Akibatnya, mangsa terjatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah. Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital pagi ini,” katanya hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori berusia 53 tahun dipercayai suspek positif ganja. Lelaki itu direman esok untuk siasatan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN