fbpx
Mohd. Sabirin menyerahkan sumbangan itu kepada Nor Nadia di di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam.

MAIS salur sumbangan bagi waris Amirul Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Nasib waris Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, terus terbela apabila turut disantuni Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyalurkan sumbangan petang ini.

Sumbangan RM3,000 itu meliputi peruntukan daripada sumber Baitulmal, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, saluran bantuan khas itu bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa tragedi itu.

“Selain sumbangan berbentuk tunai, bantuan meliputi makanan asas kepada waris berkenaan.

“LZS turut membuat bancian asnaf kepada keluarga itu bagi menentukan kelayakan menerima bantuan yang bersesuaian kelak,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu kepada balu arwah, Nor Nadia Abdul Majid, 32, di Pangsapuri Ken Rimba, di sini.

Tambah beliau, MAIS berharap keluarga mangsa terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN