PASIR PUTEH – Pesanan arwah bapa agar belajar bersungguh-sungguh kerana tidak mampu menampung pengajian anak-anak akibat kanser limfoma menjadi pembakar semangat Nur Syazwanis Mohd. Zuraimi, 18, meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan kelmarin. Syazwanis yang meraih 7A 2B memberitahu, bapanya, Allahyarham Mohd. Zuraimi Mohd. Hussin sering menasihatinya supaya belajar bersungguh-sungguh walaupun lelaki itu dalam keadaan terlantar akibat kanser limfoma. Mohd. Zuraimi yang bekerja sebagai tukang rumah meninggal dunia pada 3 Mac lalu di Hospital Tengku…














