fbpx
Kenderaan polis terbabas di tepi jalan susulan letupan bom di wilayah Narathiwat semalam. - Naewa

Serangan bom di Narathiwat, 2 polis cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekurang-kurangnya dua pegawai polis cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom ketika dalam perjalanan pulang dari menyiasat satu kes kecurian di selatan Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Bom tersebut menyasarkan pasukan penyiasat dari Balai Polis Rangae dan berlaku berhampiran Jambatan Mo Ku We di daerah Rangae, wilayah Narathiwat.

Pasukan yang terdiri daripada pegawai penyiasat dan pegawai polis itu pada awalnya dikerahkan ke Bongor untuk memeriksa lokasi kecurian. 

“Apabila kenderaan itu melalui jambatan, suspek yang menunggu berhampiran kawasan itu meletupkan bom yang disembunyikan di tepi jalan. 

“Letupan yang kuat menyebabkan kenderaan polis terbabas dari jalan raya dan mengalami kerosakan,” kata polis tempatan. 

Laluan tersebut ditutup bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN