fbpx
Abu Faye berlari keluar dari mahkamah ketika dibicarakan. - Polis Metropolitan

Suspek lari dari mahkamah diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang suspek satu kes dadah melarikan diri dari mahkamah ketika sesi perbicaraan diadakan di Croydon, Britain, lapor akhbar Metro UK.

Operasi memburu Abu Faye, 26, kini giat dijalankan selepas suspek melarikan diri dari Mahkamah Diraja Croydon pada 17 Mac lalu.

Dia melarikan diri sejurus selepas pukul 4 petang (waktu tempatan) semasa perbicaraan atas kesalahan dadah selepas mengetahui bahawa dia akan dikenakan tahanan reman.

Lelaki itu didakwa dengan lima pertuduhan memiliki dengan niat untuk membekalkan dan lima pertuduhan memiliki dadah Kelas A dan Kelas B.

“Dia mengaku memiliki dadah tersebut tetapi melarikan diri sebelum membuat pengakuan atas pertuduhan membekalkan dadah,” kata Polis Metropolitan.

Polis mengeluarkan rayuan awam 13 hari kemudian untuk memburu suspek serta memberi amaran agar orang awam tidak mendekatinya dan sebaliknya, menghubungi talian 999. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN