fbpx
Batu bata dan serpihan bertaburan di atas lantai. - SWNS

Bumbung rumah berlubang disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain terpaksa menanggung kerugian sebanyak £20,000 (RM106,500) selepas petir menyambar rumah mereka, yang mencetuskan lubang sedalam 3 meter, lapor akhbar Metro UK.

Tara Craven, 28, menceritakan tentang bagaimana letupan seperti bom melanda rumah tiga bilik miliknya di Gristhorpe berhampiran Filey, North Yorkshire pada pukul 8 malam (waktu tempatan), 25 Mac lalu.

Ibu kepada dua anak itu sedang membasuh pinggan, manakala suaminya, Joseph, 32, memandikan anak lelaki mereka apabila rumah tersebut bergegar dan lampu terpadam.

“Kami tidak tahu apa yang telah berlaku. Selain datang sebagai kejutan besar, ia amat menakutkan,” kata Tara.

Anggota bomba dikerahkan ke rumah tersebut, sebelum mendapati bahawa cerobong asap dan sebahagian bumbung berlubang.

Gambar-gambar juga menunjukkan ia juga mengalami kerosakan ketara di bahagian dalam rumah, dengan dinding musnah, siling runtuh dan bumbung konservatori pecah.

Hentaman itu juga menyebabkan televisyen meletup, menyebabkan ruang tamu dipenuhi dengan habuk dan serpihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN