fbpx
Anggota bomba ketika di lokasi kejadian kemalangan di BKE menghala ke Seberang Jaya, hari ini. FOTO IHSAN JBPM

Pemandu lori cedera kemalangan dengan kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Lebuh Raya Butterworth Kulim Expressway (BKE) di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.22 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan dan lori kontena. Pemandu lori satu tan berusia 20 tahun yang cedera di kaki diselamatkan oleh orang awam dan diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN