fbpx
VERSTAPPEN dilapor kecewa dengan prestasi jentera selain tidak berpuas hati dengan peraturan baharu diperkenalkan musim ini. - AFP

F1: Red Bull nafi Verstappen mahu bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUZUKA – Ketua Pasukan Red Bull, Laurent Mekies menolak spekulasi mengenai kemungkinan Max Verstappen bersara awal daripada perlumbaan Formula Satu (F1), sebaliknya menegaskan fokus utama ketika ini adalah memperbaiki prestasi jentera.

Kenyataan itu hadir susulan pendedahan Verstappen yang mengakui sedang mempertimbangkan masa depannya dalam saingan F1, termasuk kemungkinan meninggalkan perlumbaan itu seawal penghujung musim 2026.

Juara dunia empat kali itu sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peraturan unit kuasa baharu, selain mengakui keletihan mengharungi jadual perlumbaan yang padat.

Bagaimanapun, Mekies menegaskan tiada sebarang perbincangan dalaman mengenai persaraan pelumba berusia 28 tahun itu yang masih mempunyai kontrak bersama Red Bull sehingga 2028.

“Kami langsung tidak berbincang mengenai perkara itu. Fokus kami sekarang adalah menghasilkan jentera yang lebih kompetitif untuknya,” katanya.

Menurutnya, Verstappen hanya memerlukan jentera yang mampu memberikan prestasi optimum bagi mengembalikan keyakinan dan motivasinya di litar.

Verstappen kecewa dengan persembahan pasukannya pada Grand Prix (GP) Jepun apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Lebih mengecewakan, Verstappen tersingkir awal dalam sesi kelayakan sebelum bergelut sepanjang perlumbaan dan tidak mampu mencabar kelompok hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN