fbpx
AARON dan Wooi Yik masih memiliki kontrak bersama BAM sehingga LA2028 dan menafikan spekulasi meninggalkan badan induk badminton negara itu.

Aaron, Wooi Yik ikrar terus setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik menoktahkan segala spekulasi mengenai masa depannya apabila menegaskan tetap setia bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu menepis dakwaan kononnya dia bakal meninggalkan skuad kebangsaan susulan pertukaran status profil di akaun Instagram miliknya kepada ‘Pro Badminton Player’ baru-baru ini.

Tegas Wooi Yik, dia tidak berniat untuk meninggalkan BAM dan menjelaskan status berkenaan hanya menggambarkan kerjayanya sebagai pemain profesional dalam sukan tersebut dan langsung tidak membawa sebarang maksud tersirat untuk keluar daripada sistem badan induk itu.

“Saya rasa saya tak ada apa nak jawab. Media sosial itu benda peribadi saya dan saya tak ada berniat apa-apa.

“Saya buat apa yang saya rasa untuk diri saya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Menurut Wooi Yik, isu untuk meninggalkan BAM langsung tidak pernah wujud dalam fikirannya.

“Tak ada niat,” katanya ringkas.

Isu berkenaan sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang bimbang kehilangan salah seorang tonggak utama negara yang dijangka berpisah dengan gandingannya, Aaron Chia.

Namun, penjelasan itu dilihat meredakan keadaan sekali gus menutup ruang spekulasi tidak berasas memandangkan pasangan itu yang kini menghuni ranking No. 2 dunia itu masih mempunyai kontrak bersama BAM sehingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN