fbpx
JIM Kedah menggempur pusat judi dalam talian yang menyasarkan pelanggan warga asing di Sungai Petani, semalam. - Gambar JIM KEDAH

Pusat judi sasar warga Bangladesh, Pakistan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kegiatan sebuah pusat judi dalam talian yang didalangi warga asing di sebuah premis di sini sejak lima bulan lalu akhirnya tumpas apabila diserbu imigresen pada semalam.

Operasi pusat judi tersebut dikatakan mampu meraih keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berjaya menggempur premis yang terletak di kawasan perumahan itu hasil maklumat awam.

“Serbuan yang bermula pada pukul 4.30 petang itu berjaya menahan tujuh
individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan, lima lelaki
Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, sindiket tersebut dipercayai menyasarkan pelanggan dalam kalangan rakan senegara, khususnya warga Bangladesh dan Pakistan dengan anggaran keuntungan mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan.

“Siasatan turut mendapati premis tersebut beroperasi di kawasan perumahan bagi mengaburi kegiatan daripada pihak berkuasa, namun helah tersebut
akhirnya terbongkar,” ujarnya.

Katanya, kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi tujuan siasatan lanjut.

JIM negeri turut menegaskan komitmen untuk terus mempergiatkan operasi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN