fbpx
Hantaran yang dimuat naik di Threads mengenai pakej perkahwinan menggunakan BNPL.

Ejen kahwin Siam tawar bayar BNPL kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang ejen nikah di Siam, Thailand yang menawarkan khidmat pernikahan menggunakan sistem pembayaran ansuran atau ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL) mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi satu hantaran yang tular di Threads, ejen tersebut secara terbuka mempromosikan pakej perkahwinan di seberang sempadan dengan pilihan pembayaran melalui SPayLater atau aplikasi kredit digital yang lain.

“Jom kita kahwin Thailand pakai Spay later. Ya boleh bayar pakai SPayLater later atau apa-apa BNPL,” katanya.

Pakej premium merangkumi nikah, pengesahan konsulat, pengesahan sijil nikah Malaysia di Perlis tanpa pengetahuan isteri yang berjumlah RM 9,499.

Tawaran tersebut dilihat seolah-olah menghalalkan cara untuk lelaki berpoligami secara rahsia tanpa perlu melalui prosedur undang-undang syariah yang ditetapkan di negara ini.

“Biar kita mudahkan urusan, Halal yang penting,” tambahnya lagi.

Rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan menyifatkan tindakan berhutang untuk berkahwin sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kahwin pun nak pakai SPayLater dan BNPL? Kalau tak mampu jangan kahwin dengan lebih dari satu,” jelas Is.Reen.Nizam.

“Jangan normalisasikan sorok perkahwinan, mana hak dan keadilan untuk isteri pertama yang susah senang bersama?,” ujar Faisalfitriraffi pula.

Orang ramai tidak bersetuju dengan menganggap taktik pemasaran ejen tersebut akan merosakkan institusi kekeluargaan demi keuntungan perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN