fbpx
Penduduk menadah air dari tangki yang disediakan untuk kegunaan di rumah masing-masing ketika tinjauan di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

Ada rumah, tapi tumpang mandi di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Gangguan air di Taman Agropolitan Rantau Manis yang berlarutan sejak 2014 menyebabkan lebih 3,000 penduduk terpaksa menumpang mandi di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R), sungai selain mengangkut bekalan itu dari bandar sejauh 40 kilometer (km).

Penduduk mendakwa situasi itu bukan sahaja membebankan, malah menjejaskan rutin harian kaum ibu, warga emas dan kanak-kanak lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

Seorang penduduk, Sahazudin Mohammad, 52, berkata, dia menggunakan air R&R Rantau Manis untuk membersihkan diri.

“Bekalan air di rumah hanya ada pada pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi, tetapi sangat perlahan. Pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mengisi air tangki, namun tidak cukup untuk menampung kegunaan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Nasah Ya, 55, berkata, dia terpaksa ke bandar Gua Musang sejauh 20km sehala untuk mendapatkan bekalan air bersih. Ada penduduk terpaksa mandi sungai dan berhabis ratusan ringgit untuk membeli air minuman.

“Saya pernah ambil air R&R, tetapi malu selepas ada yang tegur perbuatan itu. Jadi saya mengambil air di kawasan masjid dan rumah keluarga di bandar Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani mengharapkan penyelesaian jangka panjang kerana masalah tersebut berlaku sejak tahun 2014 dan berulang pada musim perayaan.

“Bekalan air yang diagihkan oleh pihak AKSB masih belum mencukupi untuk kegunaan le­bih 3,000 penduduk atau 600 keluarga di kawasan ini.

“Penduduk tidak sepatutnya berdepan dengan masalah ini kerana tidak lama lagi sekolah baharu akan dibuka di kawasan ini dan semestinya memerlukan penggunaan air yang banyak,” kata beliau.

Dalam pada itu, Jabatan Korporat AKSB memaklumkan, ma­salah berpunca daripada pe­ningkatan mendadak permintaan terutama ketika musim perayaan dan kapasiti loji rawatan air yang melebihi tahap maksimum.

Katanya, sumber air bagi kawasan itu diperoleh daripada Loji Rawatan Air Limau Kasturi yang kini beroperasi pada kadar 5.2 juta liter sehari iaitu melebihi kapasiti asal loji itu iaitu 4 juta liter sehari.

Tambahnya, pihak AKSB menggerakkan bantuan melalui lori tangki dengan pengisian ke tangki statik di kawasan terjejas sebanyak dua kali sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN