fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Kapewithkate di laman Threads.

‘Cemburu’ harga minyak Malaysia, warga Filipina puji inisiatif Budi95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya sangat cemburu”. Itu luahan seorang pengguna sosial media dikenali sebagai @Kapewithkate selepas melihat harga petrol subsidi di Malaysia yang jauh lebih rendah berbanding negara asalnya, Filipina.

Menerusi hantaran di laman Threads, wanita itu berkongsi pengalaman mengisi minyak apabila suaminya yang merupakan rakyat Malaysia membayar RM100, namun jumlah sebenar pada paparan pam ialah RM164.32.

Menurutnya, subsidi sebanyak RM64.32 yang ditanggung kerajaan Malaysia membuatkan dia menyedari betapa besarnya bantuan yang dinikmati rakyat tempatan.

“Walau apa pun pendirian politik anda, pujian tetap perlu diberikan. Rakyat Malaysia, kerajaan anda melakukan sesuatu yang betul dan saya memang sangat cemburu,” katanya.

Tambahnya, harga petrol di Filipina kini mencecah sekitar PHP$100 seliter, bersamaan kira-kira RM6.80.

Dalam hantaran berbeza, dia menjelaskan kenaikan harga bahan api menyebabkan keluarganya di Filipina kini berhadapan tekanan kos hidup.

Katanya, seorang pekerjanya yang baru pulang ke Filipina sedang bergelut selepas harga diesel meningkat ketika dia baru memulakan kerja sebagai pemandu Grab.

Menurutnya, situasi itu menjadi lebih mencabar apabila individu berkenaan sedang membuat persiapan menyambut kelahiran anak.

Selain itu, ibunya yang baru bersara juga terkesan selepas membeli kereta baharu beberapa bulan lalu.

“Jadi saya terfikir, betapa bertuahnya rakyat Malaysia ketika ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN