fbpx
Seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan penunggang motosikal maut di Jalan Raya Barat di sini, tiada rekod jenayah lampau.

Pemandu mabuk langgar ‘rider’ sampai terpelanting tiada rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan penunggang motosikal maut di Jalan Raya Barat di sini, tiada rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya merekodkan tiga keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

“Semakan mendapati suspek lelaki tempatan itu tidak memiliki sebarang rekod lampau. Setakat ini tiga keterangan telah diambil bagi siasatan lanjut,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 20-an itu direman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kemalangan tular kira-kira pukul 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa lelaki berusia 30-an tercampak ke atas kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN