fbpx
KHAIRUNNISA (tengah) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

[VIDEO] Pengasuh Baby Syifaa dijel setahun, denda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Selepas empat tahun dibicarakan, pengasuh ‘Baby Syifaa’ atau Nour Rania Asyifaa Yuseri akhirnya dihukum penjara setahun dan dikenakan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan.

Hakim N. Kanageswari mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 41, bermula dari tarikh jatuh hukuman hari ini dan wanita itu berdepan hukuman penjara tambahan empat bulan jika gagal bayar denda.

Tertuduh turut dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun sebanyak RM5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga dan diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 48 jam bagi tempoh enam bulan selepas keluar penjara.

Pihak pendakwaan diwakili Penolong Pengarah Pendakwaan Negeri, Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Haron manakala tertuduh diwakili peguam, S.Kavittha. Turut hadir ibu mangsa Anida Idrus, 44, serta bapanya, Yuseri Yusoff, 42.

Mengikut pertuduhan, Khairunnisa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Nour Rania Asyifaa berusia 15 bulan telah mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada pukul 12.30 tengah hari, 22 Februari 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN