ALOR GAJAH – Tempoh reman ke atas lima individu termasuk empat sekeluarga berhubung penemuan rangka bayi yang ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak di sini disambung tiga hari lagi.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mahkamah membenarkan perintah lanjutan reman sehingga Rabu ini terhadap kesemua suspek yang berusia 16 hingga 40 tahun.
“Kertas siasatan dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini bagi mendapatkan arahan lanjut terhadap kes yang disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran.
“Empat sekeluarga itu terdiri daripada remaja perempuan berusia 19 tahun dipercayai ibu bayi tersebut, ibu, kakak, adik lelakinya serta teman lelaki remaja itu,” katanya kepada pemberita. – KOSMO! ONLINE














