fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki diberkas rakam video dalam tandas pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak senonoh seorang lelaki asing dipercayai merakam video dalam tandas awam membawa padah apabila ditahan polis di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan kira-kira pukul 1.28 tengah hari selepas laporan dibuat seorang lelaki tempatan.

Menurutnya, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi ketika mangsa menggunakan tandas lelaki di tingkat empat premis berkenaan sebelum menyedari dirakam dari tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbit.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek dan merampas telefon bimbit. Pemeriksaan awal ke atas peranti itu menemukan sejumlah video lucah dalam galeri simpanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek merupakan warga China dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan direman selama 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN