fbpx
Anggota bomba ketika melakukan pemadaman kebakaran rumah teres di Taman Medan, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

2 kediaman dijilat api di Taman Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua buah rumah teres dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan PJS 2D/12, Taman Medan di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.34 petang sebelum jentera tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati pertama terbakar kira-kira 80 peratus, manakala premis kedua musnah kira-kira 50 peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman disertai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dengan dibantu BBP Petaling Jaya dan BBP Subang Jaya.

“Setakat ini kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN