fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh @Amofficialmy di laman Threads.

‘Perancangan masa depan’ jadi tema hantaran BASS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis pertunangan melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila hantaran yang disediakan bertemakan perancangan masa hadapan.

Menerusi perkongsian di laman Threads oleh @Amofficialmy yang juga merupakan salah seorang ‘dulang boys’ pada majlis tersebut, antara hantaran utama termasuk cincin pertunangan sebagai lambang ikatan rasmi antara kedua-dua pihak.

Lebih menarik, Bella Astillah turut menerima simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan simpanan Tabung Haji sebagai hantaran pertunangannya.

Tidak hanya tertumpu kepada pasangan, hantaran tersebut turut melibatkan anak-anak apabila dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) diwujudkan untuk anak-anaknya, Ayden dan Ara.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat pendekatan tersebut dilihat sebagai simbolik kepada perancangan masa depan yang menyeluruh dan menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang lelaki yang berpandangan jauh.

“Hantarannya sangat bermakna, siap fikir masa depan anak-anak sekali. Semoga kalian berdua bahagia hingga ke jannah,” kata @I.e.gwpn.

“Dia (Syed Saddiq) meletakkan pendidikan dan kestabilan kewangan sebagai keutamaan sebagai bakal suami dan ayah. Dia benar-benar menetapkan standard yang tinggi. Perlu dijadikan inspirasi untuk orang lain. Memang seorang yang berfikiran jauh,” kata @Nadiasobri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN