fbpx
SALAH membatalkan perjanjian lanjutan kontrak semusim untuk meninggalkan Anfield pada musim panas nanti. - AFP

EPL: Klopp beri Liverpool amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pengendali sensasi Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada pemilik kelab itu, Fenway Sports Group bahawa pemain tonggak, Mohamed Salah adalah pemain yang tidak boleh diganti dan mustahil untuk mendapatkan pemain yang memiliki kaliber sepertinya.

Awal minggu ini, Salah mengesahkan bakal meninggalkan Anfield pada hujung musim ini dan membatalkan perjanjian kontrak lanjutan semusim lagi bersama Liverpool.

Liverpool menandatangani pemain antarabangsa Mesir itu dari Roma pada 2017 dan beraksi di bawah kendalian Klopp selama tujuh musim dengan merangkul semua piala bersama pasukan tersebut.

Salah meledak 255 gol dan membuat 435 penampilan bersama Liverpool menyebabkan Klopp percaya bahawa pemain itu tidak mudah untuk digantikan dan kelab itu memerlukan tempoh yang lama untuk menemui pengganti.

“Pemain seperti ini sukar atau mungkin tidak boleh dicari ganti, ia selalunya seperti itu. Ramai menganggap ruang itu akan diisi oleh seseorang, hanya masa yang akan menentukan.

“Tetapi, untuk pemain seperti Mo Salah? Saya tidak pasti adakah pemain yang sepertinya akan wujud lagi di luar sana. Ada pemain yang beraksi di bahagian sayap dengan kekuatan, kualiti yang berbeza, tetapi apa yang dicapainya tidak sepadan dengan posisi dia beraksi.

“Saya tidak tahu ada atau tidak pemain lain yang memiliki pencapaian seperti Mo Salah ketika dia hanya bermain sebagai pemain sayap. Tidak ramai juga pemain penyerang yang mampu menandingi apa yang diraih oleh Mo Salah,” katanya.

Klopp memberi nasihat kepada pihak pengurusan kelab supaya tidak terlalu memberikan fokus untuk mencari pengganti Salah sebaliknya mambawa masuk pemain yang boleh bermain dan memberikan kejayaan kepada pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN