fbpx
Hussein

Kes dadah meningkat, lebih 306,000 tangkapan dalam tempoh 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 242,075 kes berkaitan dadah direkodkan dengan 306,230 tangkapan dilakukan di seluruh negara sepanjang tempoh 2023 hingga 2025.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik itu menunjukkan trend peningkatan berterusan saban tahun membabitkan kesalahan berkaitan dadah.

Menurutnya, jumlah kes meningkat daripada 73,340 kes pada 2023 kepada 81,090 kes pada 2024 sebelum mencecah 87,645 kes pada tahun lalu.

“Jumlah tangkapan turut mencatat peningkatan daripada 94,799 individu kepada 102,201 individu dan seterusnya 109,230 individu dalam tempoh sama.

“Peningkatan ini melibatkan kes bekalan dan pemilikan dadah termasuk rampasan bahan seperti syabu, ketamin, MDMA dan ganja,” katanya hari ini.

Tambah beliau, siasatan bagi kes membabitkan bekalan dijalankan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala kes pemilikan pula disiasat di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 akta sama selain Seksyen 9 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam pada itu, Hussein berkata, hala tuju dasar dadah negara bagi tempoh lima tahun akan datang akan beralih daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan menyeluruh.

“Walaupun penguatkuasaan akan terus diperkasa tanpa kompromi terhadap sindiket dan pengedar, fokus akan dipertingkat di peringkat akar umbi melalui pendidikan, komuniti dan institusi keagamaan.

“Pendekatan ini penting kerana setiap penagih baharu mencerminkan kegagalan pencegahan, bukan kejayaan penguatkuasaan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, matlamat JSJN adalah untuk mengurangkan permintaan, melumpuhkan bekalan serta melindungi generasi akan datang daripada terjebak dalam kitaran ketagihan dan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN