fbpx
Kah Woh (depan) melawat bilik darjah yang rosak akibat anai-anai ketika lawatan kerjanya ke SJKT Gopeng hari ini.

SJKT Gopeng bakal berwajah baharu, babit peruntukan RM14.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – Selepas hampir 80 tahun beroperasi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng bakal berwajah baharu menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif, melibatkan peruntukan sebanyak RM14.5 juta.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dijangka bermula pada hujung tahun ini dan mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan.

Katanya, iklan tender projek berkenaan dijangka dibuat pada Jun depan dan proses pelantikan kontraktor akan dilaksanakan selepas itu.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didapati blok utama yang menempatkan bilik darjah dan blok pentadbiran sekolah telah terjejas akibat ancaman anai-anai.

“Keadaan itu menyebabkan bangunan berkenaan diklasifikasikan oleh Jabatan Kerja Raya di skala 7, iaitu kategori bangunan daif yang perlu dibina semula,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke sekolah berkenaan di sini hari ini.

Menurut beliau, skop projek itu melibatkan perobohan blok bangunan daif sedia ada dan pembinaan blok gantian tiga tingkat yang merangkumi enam bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru dan stor sukan selain kemudahan tambahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih efektif.

“Sekiranya semua berjalan dengan lancar, kita berharap pada penghujung tahun 2028, projek ini dapat siap dan murid-murid boleh berpindah masuk semula ke bangunan baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN