fbpx
Gambar pokok bunga kertas di Lebuh AMJ yang dimuat naik oleh Dapo_Pija di Threads

Cantik, kreatif ‘Supertree Grove’ di Lebuh AMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna media sosial baru-baru ini kagum dengan kreativiti landskap di sepanjang Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ), Melaka yang mempamerkan pokok bunga kertas dibentuk seakan-akan mercu tanda terkenal Singapura, ‘Supertree Grove’.

Menerusi hantaran tular di Threads oleh pengguna @Dapo_Pija, landskap tersebut bukan sahaja mencantikkan pemandangan malah dianggap sebagai satu idea yang kreatif dan menyegarkan mata pemandu yang melalui jalan tersebut.

“Idea siapa buat landskap pokok bunga kertas dekat Lebuh AMJ Melaka ini? Cantik dan kreatif, ralit tengok,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut memuji usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang dikatakan sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan seliaan mereka.

Menurut @Ojousara.co berkata, penggunaan bunga kertas adalah sangat tepat kerana sifatnya yang tahan lasak dan sesuai dengan iklim khatulistiwa negara.

“Kita patut guna bunga kertas sebab sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia,” jelasnya.

“Dah lama kagum dengan Jabatan Landskap PBT dekat Melaka ini. Pergi oversea (luar negara) banyak kali pun tak secantik ini,” ujar @My.Fariey pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN