fbpx
POLIS trafik mengesan kenderan yang memotong Q dan menggunakan lorong kecemasan sepanjang Op Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. FOTO : IHSAN POLIS.

Banyak pemandu ‘potong Q’ ketika Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan pemandu yang memotong barisan atau ‘potong Q’ serta menggunakan lorong kecemasan dalam musim perayaan di negeri ini membawa padah apabila disaman oleh pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superitendan Roslan Mohamed@Ab Aziz berkata, sebanyak 123 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan tersebut sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Menurut Roslan, kesalahan memotong barisan dikesan banyak berlaku di Jalan Seremban- Kuala Pilah dan Jalan Rasah manakala menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

“Secara keseluruhan, sebanyak 7,291 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dalam Op Selamat Hari Raya Aidilfiri 2026 yang bermula 19 hingga 24 Mac lalu.

“Daripada jumlah tersebut, kesalahan memotong Q dan menggunakan lorong kecemasan agak tinggi, direkodkan” katanya kepada pemvlberita di sini hari ini.

Jelas beliau, sikap pemandu itu bukan sahaja boleh menyebabkan kesesakan jalan raya tetapi berbahaya kepada pengguna lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN