fbpx
Syarikat feri Langkawi berisiko gulung tikar jika jadual perjalanan tidak dicatu. - Gambar Hiasan

Kenaikan diesel: Hanya 3 trip feri ke Langkawi sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Industri feri ke Langkawi berdepan risiko gulung tikar sekiranya langkah catuan jadual perjalanan tidak dilaksanakan segera susulan lonjakan mendadak harga diesel industri.

Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Dr. Baharin Baharom berkata, kenaikan harga diesel melebihi 100 peratus memberi kesan besar kepada kos operasi pengusaha feri, sekali gus menjejaskan kelangsungan operasi harian.

Harga diesel industri berada pada kadar RM7.30 seliter. Sehubungan itu pengusaha feri terpaksa mengambil langkah menyusun semula jadual perjalanan dengan mengurangkan kekerapan daripada lima kepada tiga trip sehari bermula semalam.

“Terdapat pihak yang menyalahkan pengusaha feri atas tindakan pengurangan jadual dan menganggap ia menjejaskan kemudahan kepada pengguna.

“Persepsi itu tidak mengambil kira realiti sebenar industri. Untuk rekod, tambang feri ke Langkawi antara yang paling rendah di Malaysia iaitu 88 sen perbatu nautika,” katanya hari ini.

Jelasnya, kadar itu jauh lebih rendah berbanding laluan ke pulau-pulau lain seperti Pulau Tioman dan Pulau Pangkor yang mencecah RM2 perbatu nautika.

“Kadar tambang rendah ini dikekalkan demi memastikan akses pelancongan yang mampu milik, namun dalam keadaan kos operasi yang meningkat mendadak, ia menjadi cabaran utama kepada kelangsungan perniagaan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN