fbpx
Anggota bomba ketika memadam kebakaran barangan kitar semula di kilang terbabit.

0.8 hektar longgokan kitar semula terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sejumlah longgokan barangan kitar semula di kawasan terbuka terbakar di sebuah kilang di Jalan Nagasari, Seksyen 36 di sini, hari ini.

Kejadian dilaporkan kira-kira pukul 1.24 tengah hari sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi pada pukul 1.36 tengah hari selepas menempuh jarak kira-kira 11 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan longgokan bahan kitar semula di kawasan terbuka seluas 0.8 hektar dengan 31 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadaman.

Menurutnya, ini melibatkan enam buah BBP iaitu Shah Alam, Klang Selatan, Andalas, Pelabuhan Klang, Klang Utara dan Bukit Jelutong.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan bersama jentera pelbagai jenis termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Lori Tangki Air (WT) dan jentera bomba kompak (CFRT).

“Pasukan Bomba Sukarela Rantau Panjang turut dikerah untuk mempercepatkan operasi dan mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya hari ini.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kebakaran itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN