fbpx
Tertuduh, Jegathesan (belakang) dan Halila (depan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Pasangan buat aksi lucah di jirat cina dipenjara setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang tular melakukan aksi kelucahan melampau di jirat Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, Ahad lalu dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, M. Jegathesan,58, dan Halila Abu Bakar,37, mengaku bersalah serta faham pertuduhan yang dihadapi mereka.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama telah melakukan perbuatan kelucahan melampau di kawasan tanah perkuburan Cina yang merupakan satu tempat awam di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Ayer Itam di sini, 22 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, R. Purantharan.

Dalam prosiding, Shavin memohon hukuman yang wajar dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh sebagai peringatan dan pengajaran selain memberi amaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

“Tertuduh pertama merupakan seorang yang sudah berumahtangga manakala yang kedua masih bujang. Kedua-dua di bawah agama masing-masing dan kes ini telah berlaku di tanah perkuburan, mohon satu hukuman yang wajar diberikan,” katanya.

Sementara itu, Purantharan pula merayu agar mahkamah mengenakan hukuman minima terhadap kedua-dua anak guamnya memandangkan mereka telah membuat pengakuan bersalah.

“Halila tidak bekerja dan masih bujang serta tinggal dengan keluarga, manakala Jegathesan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,800 sebulan dan isterinya pula menghidap strok serta mempunyai dua orang anak,” ujarnya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan kedua-dua tertuduh dihukum penjara selama 12 bulan mulai dari tarikh mereka ditangkap.

Sebelum itu, Majistret Nadratun meminta jurubahasa membacakan semula fakta kes terhadap tertuduh serta mengulangi pertanyaan sama ada tertuduh faham pertuduhan mahupun tidak berikutan kedua-dua tertuduh dilihat dalam keadaan terpinga-pinga.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat yang memaparkan pasangan lelaki dan wanita dalam keadaan tanpa seurat benang di sebuah jirat Cina.

Perbuatan jelek mereka disedari orang awam lalu telah merakamkan video aksi tidak senonoh pasangan terbabit dipercayai untuk dijadikan bukti laporan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN