fbpx
QUE menegaskan hubungannya dengan Fazura hanya sekadar sahabat baik.

‘Kalau betul sayang, saya akan terus kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Didakwa kini dalam fasa saling mengenal hati budi, aktor Que Haidar menegaskan hubungannya bersama Fazura ketika ini tidak lebih sekadar sahabat baik.

Meski mengaku selesa dengan persahatan bersama Fazura yang sudah lama dikenali, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata, fokus utamanya adalah kerjaya dan bisnes.

“Kami ini memang sudah kenal dan berkawan lama sejak masuk industri lagi. Dahulu pernah juga keluar bersama dengan rakan-rakan yang lain.

“Jadi, bila kerja bersama, kami jadi lebih rapat dan sudah selesa.

“Saya boleh gelar dia sebagai sahabat yang saling menyokong kerjaya masing-masing,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem terbaharu lakonannya, Malaikat Malam, semalam.

Ditanya mengenai kemunculan Fazura pada majlis tayangan perdana filem berkenaan, duda anak dua itu memberitahu kehadiran aktres berkenaan atas jemputannya sendiri.

“Dia datang hari ini (semalam) untuk sokong kerjaya saya.

“Saya yang ajak untuk tonton filem ini bersama dan dia boleh,” katanya lagi.

Bekas suami penari, Linda Jasmine itu juga memberitahu masih tiada sebarang perancangan untuk kembali mendirikan rumah dalam tempoh terdekat dengan mana-mana wanita.

“Sekarang saya memang sibuk dan beri fokus sepenuhnya pada perniagaan dan juga kerjaya, belum terfikir mahu berkahwin.

“Bagi saya, untuk fasa bercinta, sepatutnya selepas berkahwin. Kalau ada jodoh dengan mana-mana wanita, kahwinlah dahulu dan kemudian bercinta selepas itu.

“Kalau betul sayangkan seseorang, saya akan terus kahwin dulu,” ujarnya.

Semalam, Fazura menjadi perhatian ramai apabila hadir ke majlis tayangan gala Malaikat Malam yang turut dibintangi Que.

Selain Que, Malaikat Malam yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara hari ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Kodi Rasheed dan Amir Nafis.

Terdahulu, kemesraan hubungan Que dan Fazura menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya dilantik sebagai duta dan bekerjasama mempromosikan sebuah jenama tesktil tempatan.

Hubungan mesra mereka turut membuatkan ramai mula ‘menjodohkan’ pasangan sahabat itu selain tercetus tanda pagar #QuelaFaz. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN