fbpx
KENDERAAN dipandu mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 119.5 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin hari ini.

Lelaki maut kereta langgar lori di laluan bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Saga dipandunya dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori di Kilometer 119.5 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mupais Razali,28, dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Pekan manakala lori dari arah Nenasi menuju ke Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian lori yang sedang bergerak lurus dilanggar di bahagian hadapan sebelah kanan oleh kereta jenis Proton Saga yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan pemandu kereta meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori dan penumpang lori serta penumpang kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dengan permukaan jalan rata dan semasa kejadian cuaca baik.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang cuai ketika memandu dan masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN