fbpx
MUHAMMAD Fatah meninggal dunia akibat lemas di Sungai Muda, Sik petang tadi.

Murid tahun dua lemas di Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Sungai Muda di Kampung Tanjung Jeneri, Jeniang, di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Fatah Saiful ditemui penduduk kampung di dasar sungai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Safuan Md. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki lemas di sungai itu pada pukul 5.41 petang tadi.

“Hasil temu bual dengan ibu kanak-kanak terbabit, mangsa dikatakan keluar rumah di Kampung Langguk, Jeneri dengan menaiki basikal bersama rakannya kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Bagaimanapun pada pukul 5 petang, ibu mangsa menerima panggilan mengatakan anaknya ditemui tidak sedarkan diri akibat lemas ketika mandi di sungai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, temu bual dengan rakannya yang berusia 10 tahun pula mendakwa dia dan mangsa mandi di sungai itu pada pukul 4.30 petang.

“Namun tidak lama kemudian mangsa disedari tenggelam dan ketika itu hanya mereka berdua berada di situ. Rakannya itu terus berlari mendapatkan bantuan penduduk kampung.

“Salah seorang penduduk kampung terjun ke dalam sungai dan berjaya mencapai kaki mangsa yang tenggelam di dasar sungai sebelum menariknya ke tebing,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kedalaman sungai ketika kejadian kira-kira dua meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI