AWAL tahun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus dilanda ‘tsunami’ apabila kerusi panas Ahli Jawatankuasa (Exco) badan induk sukan No. 1 negara itu kosong selepas mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan secara kolektif susulan isu pemalsuan dokumen. Keputusan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan meskipun barisan Exco baru sahaja dilantik pada kongres pemilihan Februari tahun lalu bagi penggal 2025-2029. Badai ini terhasil sejurus presiden Datuk Mohd. Joehari Ayub meletakkan jawatan secara mendadak sekali gus ‘menggoncang’ Wisma FAM pada Ogos lalu. Nama……














