MENGINSPIRASIKAN format drama mikro yang berkembang pesat di China, syarikat produksi tempatan Thousands of Years Media (ToYm) mempertaruhkan drama pendek bahasa Melayu sulungnya berjudul Seikat Kasih yang ditayangkan secara perdana baru-baru ini. Untuk makluman, ToYm ialah sebuah syarikat yang beroperasi melalui empat teras utama iaitu seni budaya, pendidikan, teknologi dan pemasaran. Tayangan perdana drama itu menghimpunkan rakan industri, tetamu jemputan dan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah serta Sayf Mikael. Pengasas SunStrong Entertainment……














