fbpx
Seluar baju Melayu berbulu yang dikongsikan oleh beberapa pengguna di aplikasi Threads. Kredit @fizizaidii dan @syd_faruq

Seluar baju Melayu siapa berbulu masa raya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seluar baju Melayu seorang lelaki yang dibeli ‘hancur’ dan berbulu teruk selepas hanya beberapa jam dipakainya.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads oleh @fizizaidii, dia meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila bahagian paha seluarnya seakan-akan dicarik dan berbulu.

“Jual jenama sahaja agaknya, itu yang jadi pakai sekali sahaja ni,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mendakwa mempunyai pengalaman yang sama dan punca utama kerosakan adalah disebabkan kualiti benang samping yang kasar di bahagian dalam.

Pengguna @Hajrahsafri berkata, kualiti fabrik kain itu juga memainkan peranan yang penting.

“Ramai salahkan kain samping, padahal kain seluar memang jenis cepat berbulu dan tidak berkualiti. Saya tahu sebab saya juga merupakan bekas tukang jahit,” katanya.

“Sebenarnya dua-dua berkait, kalau pakai songket kasar dan jenis kain tak kualiti memang begitu, jadi nak selamatkan seluar daripada berbulu kena lipat hujung samping dan jahit,” kata pula pengguna @Ikmalsaimm.

Dalam pada itu, segelintir pengguna turut menyarankan agar pembeli lebih teliti dalam memilih jenis kain.

Antara yang dikongsikan termasuklah memastikan bahagian hujung samping dijahit dan dilipat kemas bagi mengelakkan benang tajam bergesel secara terus pada fabrik seluar.

“Sekadar petua sebagai seorang yang bermain dalam industri fesyen, hujung, atas dan bawah samping kena jahit untuk mematikan hujung yang kasar,” kata pengguna @Fromben_. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN