fbpx
Gambar hiasan.

15 kes cuaca panas termasuk satu kematian tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dan satu kematian yang begitu menyayat hati melibatkan seorang kanak-kanak dilaporkan tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, orang ramai diingatkan supaya mengawasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat.

“Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera.

“Paling penting, jangan sesekali tinggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Infografik berkaitan cuaca panas.

Beliau berkata, cuaca panas melampau sekarang menuntut kepada semua untuk lebih peka.

“Rujuk infografik yang saya kongsikan ini sebagai panduan untuk melindungi diri dan keluarga tersayang. Pencegahan awal adalah kunci,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI