fbpx
Tangkap layar kejadian kebakaran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.

Kedai perabot terbakar di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai perabot tiga tingkat di Bukit Bintang musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran, di sini lewat malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan panggilan kecemasan diterima pukul 10.58 malam sebelum BBP Pudu bersama BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat dua premis. Tiada mangsa dilaporkan terlibat atau terperangkap dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN