fbpx
Tangkap layar video serangan peluru berpandu Iran ke atas bandar Dimona di selatan Israel.

Malam yang sukar, Israel ketakutan kena serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Malam yang sangat sukar bagi Israel,” demikian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan serangan peluru berpandu Iran ke atas bandar Dimona di selatan hari ini yang menempatkan kemudahan nuklear utama Israel.

Dalam masa sama, televisyen Iran pula menyatakan, serangan tersebut sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kemudahan nuklear Natanz milik Iran pada hari Sabtu.

Laporan BBC News memetik, sasaran dalam serangan dilakukan Iran dipercayai merupakan sebuah kemudahan nuklear yang terletak 13 kilometer (8 batu) dari bandar Dimona.

Malah, dilaporkan lebih 160 orang telah cedera selepas serangan tersebut, menurut perkhidmatan kecemasan.
Terdahulu, beberapa video tular di media sosial termasuk dikongsikan media antarabangsa memperlihatkan serangan peluru berpandu oleh Iran berhampiran kemudahan nuklear Israel di Dimona.

Menurut laporan Al Jazeera, serangan itu dipercayai di kawasan dipercayai ‘rumah’ bagi fasiliti nuklear Israel dan beberapa puluh kepala peledak dipercayai dimiliki Israel.

Kerosakan dan kemusnahan beberapa bangunan di situ disifatkan sebagai besar dan teruk.

Media Iran mengatakan serangan ke atas Dimona adalah sebagai tindak balas sebagai balasan terhadap serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Natanz milik Iran.

Iran sebelum ini telah memberi amaran bahawa ia akan menyasarkan Dimona jika Amerika Syarikat dan Israel meneruskan usaha menukar pemerintahan di Tehran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI