fbpx
Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Felda Aping Timur, Kota Tinggi hari ini.

Rumah, kereta dan motosikal hangus di Syawal kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sebuah rumah musnah ketika penghuninya tiada di rumah dalam kejadian kebakaran di Felda Aping Timur pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut menyebabkan sebuah kereta dan dua buah motosikal hangus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.12 pagi.

Katanya, seramai 12 anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal sebanyak 75 peratus, sebuah kereta jenis Honda FD terbakar 85 peratus dan dua buah motosikal Modenas serta Suzuki RG terbabkar sebanyak 90 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pukul 11.40 pagi dan operasi tamat pukul 12.46 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN