fbpx
Tangkap layar video rakaman CCTV memperlihatkan arwah Abang Li rebah dan meninggal dunia sewaktu sedang menunaikan solat zuhur di Surau Taman Jenaris, Tikam Batu di Sungai Petani, Kedah semalam.

[VIDEO] ‘Meninggal tengah sujud, Abang Li istiqamah solat 5 waktu berjemaah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia sewaktu sedang mengerjalan solat zuhur di Surau Taman Jenaris, Tikam Batu di Sungai Petani, Kedah semalam.

Pemergian lelaki tersebut dengan cara Allah ‘menjemputnya’ sewaktu sedang menunaikan ibadah turut dicemburui umat Islam lain selepas video memperlihatkannya rebah ketika solat zuhur tular di media sosial malam tadi.

Berdasarkan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan, lelaki yang dikenali sebagai Abang Li itu dilihat sedang melakukan rukuk, seterusnya sujud dan sewaktu duduk antara dua sujud, arwah kelihatan seperti sedang menahan sakit.
Ia boleh dilihat pada bahagian tangan kanan arwah Abang Li yang sedang memegang lutut dan tidak lama selepas itu, dia rebah tertiarap.

Video pemergian Abang Li turut menerima pelbagai maklum balas termasuk daripada ahli keluarganya yang bercerita tentang kebaikan arwah semasa hayatnya.

“Al-Fatihah untuk Abang Li. Alhamdulillah sempat tengok jenazah siang tadi sebelum dikebumikan. Ini abang sepupu saya,” komen Daisy.

“Subhanallah, meninggal di rumah Allah tengah sujud kepada-Nya. Sungguh indah kematiannya,” komen Pak Lang.

“Orang kampung saya. Orangnya sangat baik, istiqamah solat lima waktu berjemaah. Dapat juga bersama Ramadan. Pengakhiran yang sangat baik. Semoga Abang Li ditempatkan dalam kalangan beriman,” komen pengguna TikTok Bulan Cerah.

“Korang kalau boleh amalan kena jaga ye. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana,” komen I Yongz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI