fbpx
ZIZI dan Yusuf dipercayai tidak beraya bersama pada Aidilfitri kali ini.

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana ‘berpisah’ di Aidilfitri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Status rumah tangga pasangan selebriti, Yusuh Bahrin dan Zizi Kirana semakin menjadi tanda tanya ramai apabila kehadiran 1 Syawal disambut secara berasingan.

Perkongsian Yusuf tanpa foto bersama Zizi menguatkan keyakinan khalayak bahawa hubungannya bersama penyanyi asal Sabah itu itu sedang berantakan.

Spekulasi tersebut mula bertiup kencang apabila Yusuf atau nama lengkapnya Mohd. Yusuf Bahrin dilihat hanya berkongsi potret raya bersama keluarganya di Melaka dengan menggayakan busana sedondon berwarna kelabu tanpa kelibat isteri di sisi.

Manakala, pemilik nama lengkap Nur Fazelah Mad Tahil, 41, pula memuat naik hantaran gambar bersendirian yang dipercayai menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Beaufort, Sabah.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai status mereka tetapi ada juga yang memilih untuk bersikap positif dengan mengirimkan doa agar ikatan perkahwinan pasangan tersebut kekal hingga ke syurga.

“Tadi Yusuf muat naik gambar bersendirian, sekarang Zizi pula. Kenapa tak ada foto berdua?,” soal peminat.

“Walaupun nampak ada sesuatu yang kurang dalam hantaran ini tapi saya tak nak tanya. Selamat hari raya Zizi,” ujar pengikut.

“Doakan yang baik-baik, semoga hubungan mereka berdua ke syurga Allah dan diberikan zuriat yang soleh dan solehah,” kata peminat lain.

Sehingga kini, kedua-dua bintang berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi terbaharu yang melanda rumah tangga mereka.

Pada awal Mac lalu, pelakon filem The Lord Musang King itu menepis desas-desus mengatakan rumah tanggannya sedang dilanda badai selain tidak faham punca spekulasi tersebut wujud.

Malah, dia juga menegaskan sudah bersepakat dengan isteri untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga dalam media sosial untuk tatapan umum.

Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan pelantun lagu Eh itu menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN