fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV tular kes pecah rumah di Seksyen 9, Shah Alam.

[VIDEO] Tiga lelaki berpakaian hitam diburu pecah rumah di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiga lelaki berpakaian hitam dan berpelitup muka diburu selepas tular memecah masuk rumah penduduk di Seksyen 9 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian itu tular menerusi rakaman video mengenai tindakan suspek berjalan kaki di kawasan berkenaan, antara pukul 8 hingga 11 malam.

Menurutnya, laporan polis dibuat seorang pengadu lelaki tempatan yang juga pesara berusia 60-an, kira-kira pukul 11.52 malam.
“Siasatan di lokasi kejadian mendapati rumah berkenaan tidak dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV) dan alat penggera keselamatan.

“Polis telah mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak pengurusan perumahan itu dan jiran berdekatan bagi siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Tambah Ramsay, pihaknya sedang mempergiatkan usaha mengesan dan menangkap saspek terlibat dengan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657 atau 03-55202222 bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN