fbpx
Tangkap layar video berkenaan seorang pengguna menyediakan beberapa buah khemah ketika pulang ke kampung halaman.

[VIDEO] Bilik tak cukup, adik-beradik ‘berkampung’ dalam khemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masalah kekurangan bilik setiap kali tibanya musim perayaan untuk pulang ke kampung halaman sering kali menjadi cabaran utama buat keluarga besar.

Menerusi hantaran video di media sosial oleh @Nrl.ryenaa, dia memaparkan cara keluarganya menguruskan ruang tidur apabila berkumpul beramai-ramai dengan menyediakan beberapa buah khemah bagi setiap keluarga.

“Bila bilik tak cukup, adik-beradik ramai, jadilah sebegini,” katanya.

Katanya lagi, dengan cara ini mereka dapat kekal menjaga aurat ketika bersama-sama sekeluarga.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang berseloroh menyamakan suasana tersebut seperti pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir.

“Ini PPS daerah mana ni? Kena hantar bantuan makanan ni,” seloroh seorang pengguna.

“Bagusnya sekarang orang dah faham aurat sesama saudara. Dulu zaman tak cakna, memang tidur bergelimpangan, syukur ada kesedaran ini,” kata seorang lagi pengguna.

Meskipun tidur di dalam khemah, faktor keselesaan tetap diutamakan apabila pemilik hantaran menjelaskan bahawa khemah tersebut dilengkapi dengan kipas bagi mengelakkan cuaca panas.

Idea ini membuktikan bahawa kekangan ruang bukanlah penghalang untuk keluarga besar berkumpul tetapi usaha untuk menjaga batas dan keselesaan bersama. — KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI