fbpx
Sunny (kanan) menyantuni Siti Mirinda dan tiga anaknya di pekarangan Padang Merdeka, Kota Bharu semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

Ibu tunggal terpaksa minta derma cari modal beli baju raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang ibu tunggal tiada pilihan lain apabila terpaksa menebalkan muka dengan meminta derma di kaki lima di pekarangan Padang Merdeka di sini untuk membeli persiapan menyambut Aidilfitri buat lima anaknya.

Siti Mirinda Suraya Che Man, 36, ditemui berada di kawasan itu bersama tiga anaknya yang berusia 20 bulan hingga 10 tahun semasa seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Sunny Ung hadir menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf semalam.

Wanita itu berkata, dia hanya memperoleh wang sebanyak RM3 sahaja sepanjang tempoh empat hari meminta sedekah di kawasan itu.
Menurutnya, dia yang berasal dari Pasir Puteh terpaksa datang ke sini untuk mencari wang bagi membeli baju raya dan barangan keperluan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya tidak mampu membeli baju raya untuk lima anak kerana tiada pendapatan tetap selepas berpisah dengan suami saya sejak dua tahun lalu.

“Harapan saya datang ke sini untuk mengutip derma, tetapi hanya dapat RM3 sahaja dalam tempoh empat hari. Ada yang bermurah hati menyumbangkan beras kepada kami sekeluarga,” katanya.

Pada program ziarah itu, Sunny menyampaikan sumbangan wang tunai, baju raya dan beras kepada kira-kira 100 keluarga termasuk gelandangan di sekitar bandar Kota Bharu.

Siti Mirinda berkata, dia dan anak-anak akan berada di pekarangan Padang Merdeka di sini sehingga pagi raya dan akan pulang selepas solat Aidilfitri esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN